BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pencemaran Air…

Jikalau nak dibandingkan dengan dahulu air pada masa sekarang lebih kotor berbanding dahulu. Hal ini berlaku kerana aktiviti-aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab seperti industri membuang pelbagai bahan kimia, pembuangan sampah dan sampah organik oleh manusia dan banyak lagi. Jika aktiviti ini diteruskan, banjir, kekurangan sumber air dan kerosakkan ekosistem sungai akan berlaku. Pencemaran air biasanya berlaku di sungai.

Pencemaran Air Di Tanah AirKu, Malaysia…

Antara sungai yang menarik di Malaysia seperti di Sungai Tembeling, Sungai Tahan dan banyak lagi. Sungai-sungai berikut sangat bersih dan mempunyai udara yang nyaman.

Sungai Tahan

Sungai Tembeling

Tapi pada masa sekarang kita jarang menumui sungai yang sedemikian kerana semua bahan pelupusan pasti akan pergi ke sungai. Sebagai balasannya, sungai-sungai di Malaysia telah tercemar seperti Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor. Jadi masyarakat akan merugut kerana sungai telah tercemar sehinggakan airnya tidak sesuai untuk tujuan minuman atau pengairan.

Keratan akhbar menunjukkan masyarakat merungut akan pencemaran sungai

Untuk pengetahuan anda, berikut adalah antara  sungai yang terkotor di dunia:

Sungai Citarum, Indonesia

Sungai Marilou, Philipina

Sungai Kuning Lanzhou, China

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memain peranan yang besar bagi menangani masalah pencemaran air di negara kita untuk keselesaan generasi akan datang.

0 comments: